일요일, 10월 21, 2012

Insaf

Di satu pusat pameran di ibu kota. 2800 pelajar sekolah menengah rendah dan tadika. Kerumun cam semut. Seorg pelajar menengah perempuan cuba untuk dptkan tempat untuk menggunakan salah satu pc. Lalu dia dgn optimis meninggalkan SAMSUNG GALAXY phone di dpn pc tersebut dgn harapan org laen tak guna pc itu. Pada masa yg sama kawan pelajar itu sedang menggunakan pc tu. Dan blah meninggalkan pc dan phone tu.  Beberapa lama kemudian 3 org pelajar perempuan menengah dari sek laen dtg dan menggunakan pc yg kosong itu. Pelajar perempuan yg meninggalkan phone dgt dan tgk phone tak ada dan org laen guna pc. Maka berlakulah drama air mata dan 3 org pelajar perempuan ne dituduh mencuri phone tersebut. Cikgu LELAKI yg mengiring pelajar perempuan yg ilang phone dgn penuh EMOSI menyerang 3 org pelajar perempuan ini beserta cikgu mereka dan menuduh mereka yg amel. 3 pelajar yg dituduh adalah dr sek juvana dan Cikgu yg mengiring mereka back up mereka tp di serang penuh emosi oleh cikgu LELAKI. suasana tak terkawal dan dua CIKGU ne bertengkar di hadapan pelajar mereka. Pegawai pameran cuba mententeramkan mereka dan meminta mereka keluar untuk menyelesaikan masalah. Beliau meminta untuk pelajar yg tidak terlibat masuk semula ke dewan pameran namun tidak diendahkan oleh pelajar yg diiringi oleh CIKGU LELAKI. Setelah kemarahan reda pihak pameran membawa semua yg terlibat untuk melihat cc tv untuk menentukan siapa yg amel phone. Diantara waktu pelajar meninggalkan pc dan 3 org pelajar perempuan datang untuk menggunakan pc, ada seorang makcik, tempatan, BERTUDUNG dalam lingkungan 30 lalu di pc tersebut dan nampak phone tu lalu mengambil phone tu. Kejadian mengambil masa 30minit bermula dgn pelajar meningalkan phone dan pc dan pelajar laen datang menggunakan pc. CIKGU LELAKI yg penuh emosi diam dan tak berckp selepas menonton rakaman cctv tersebut.
Apa perasaan 3org pelajar juvano yg telah dimalukan dihadapan pengunjung laen?dan apa perasaan CIKGU PEREMPUAN yg diserang oleh CIKGU LELAKI PENUH EMOSI?
Kalu diikutkan kes mungkin dpt diselesai dan phone mungkin dapat dijumpai dan makcik tu dapat ditangkap. tapi tidak, CIGKU beremosi tetap nak salahkan pelajar tanpa usul periksa.

mereka mungkin pesalah juvana tapi mereka juga punya perasaan. SHAME ON YOU CIKGU LELAKI BEREMOSI

댓글 없음: