.:: Gerhana 2 kali dalam bulan ramadhan satu pendustaan..renungkan ::. |
Assalamualaikum warahmatullah;
saudara seIslam yang sentiasa dirahmati Allah.
Moga Allah menyelamatkan dirimu daripada terus
ditipu oleh musuh Allah. Baru- baru ini banyak
email di internet yang mengatakan gerhana 2 kali
di bulan Ramadhan adalah tanda hari Kiamat dan
kedatangan Imam Mahdi. adakah ia benar?
penulisan ini akan mengupas isu berkenaan.
Berkenaan dengan gempa bumi sebagai tanda
kiamat memang banyak hadith sahih yang
menceritakannya. Kita wajib meyakini kerana itu
akidah kita.
Bagaimanapun, ana telah mendapat maklumat
daripada jabatan falak syarie yang mengkaji
tentang fenomena gerhana serentak matahari dan
bulan atau gerhana serentak bulan sahaja dan
kaitannya dengan kedatangan Imam Mahdi.
INILAH PENIPUAN ajaran sesat seperti Qadiani,
Bahai, Aurad Muhammadiah (rufaqa' kini) dan
Syiah....
Sebenarnya, idea mengatakan gerhana dua kali itu
tanda kiamat dan kedatangan Imam Mahdi ialah
disandarkan kepada Imam Jaafar bin Shodiq. Dia
adalah Imam shiah. Kita tidak boleh mengambil
pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah
mengkafirkan para Sahabat khalifah Rasulullah
yang diiktiraf dalam al-Quran.
SEBENARNYA, sudah banyak kali sebenarnya
gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan
dalam sejarah Islam. Dengan itu, ramai orang2
yang tak bertanggungjawab mengaitkan gerhana
tersebut dengan kedatangan hari Qiamat.
Terutamanya kumpulan ajaran sesat dan ketuanya
mengaku menjadi Imam Mahdi. Ini kerana setiap
kali gerhana serentak, ada kumpulan yang akan
mendakwa ia mesej dari Tuhan khas untuk
menaikkan pemimpinnya sebagai Imam Mahdi
atau pemuda Bani Tamim. Berikut adalah tarikh
dan haribulan gerhana dua kali dalam bulan
ramadhan yang berlaku sepanjang selepas
rasulullah wafat: dan setiap kali itulah Imam Mahdi
lahir????
Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka
Imam Mahdi sejak 125 Hijrah lagi hinggalah 1311
Hijrah kerana ingin menipu umat Islam dengan
mengambil kesempatan daripada fenomena
gerhana berpasangan. Berikut adalah tarikh
gerhana 2 kali berlaku dan ajaran sesat yang
timbul bersamanya:
1. Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin
Tarif Burghwati mendakwa dirinya Imam Mahdi dan
nabi. Beliau dapat memerintah pengikutnya
selama 47 tahun sebelum menyerahkan takhta
kepada anaknya.
2. Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali
Muhammad Bab mendakwa dirinya Imam Mahdi.
Pergerakan beliau masih wujud, tetapi sudah
berpecah dua iaitu Bab dan Bahai. Kini, mereka
tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.
3. Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti
pada 1829, 1830, 1851 dan 1873 Hijrah), Hussain
Ali Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi
untuk semua agama dan seorang nabi.
Pengikutnya tidak lagi mendakwa diri mereka
Muslim.
4. Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi
Sudani mendakwa dirinya Imam Mahdi. Beliau
memulakan satu pergerakan yang berjaya untuk
melawan penjajahan British di Sudan.
5. Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam
Ahmad mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi.
Pengikutnya dikenali sebagai Qadiani.
dah banyak kali sebenarnya gerhana 2 kali bulan
ramadhan... semuanya ada ajaran sesat yang
timbul kemudiannya. DI Malaysia sudah ada
kelompok yang memperjuangkannya.
BERHATI_HATI. jangan terpengaruh. Pertahankan
Akidah ahli Sunnah wal Jamaah.
BUKTIKAN DENGAN HADITH SOHIH BAHAWA
GERHANA DUA KALI RAMADHAN ITU ADALAH>
TANDA TERDEKAT KIAMAT? BUKAN DENGAN
HADITH PALSU @ HADITH SYIAH...
Apa yang berlaku pada masa depan adalah
tertakluk kepada iradah Allah. Akidah ahli Sunnah
wal Jamaah menetapkan bahawa kita tidak berhak
untuk> menetapkan atau meramalkan apa yang
akan berlaku pada masa depan. kerana ia terletak
pada iradah Allah.
PS; CARILAH ILMU ISLAM BERDSARKAN
SUMBER SAHIH DAN MUKTABAR.
BERGURULAH DENGAN RAMAI ULAMA'. ANDA
AKAN DAPAT MENCARI KEBENARAN YANG
SEBENAR.
Ada diantara tarikh diatas itu ditulis dengan tahun hijrah dan ada dengan tahun masihi.
aku copy paste dr tokeikeida.net.my....