
selamat hari jadi
Ada seorang gadis biasa yang agak bodoh dalam percintaan. Pada masa itu dia apa pun tidak tahu apa itu cinta. Hanya suka berangan. Dia telah memutuskan percintaan dengan seorang lelaki yang dicintainya selama lima tahun bukan sebab dia sudah tidak mahu bersamanya lagi Cuma ingin mengajar lelaki tersebut supaya lebih menghargai dia. Menyayangi dia seperti seorang puteri. Berharap supaya lelaki tersebut berusaha lebih dan bukannya dia yang hanya menginginkan lelaki tersebut. Lelaki ini tidak pernah menyokong apa yang gadis ini buat sama ada pelajaran, sukan atau cita-cita.Mungkin ada mungkin gadis tidak menyedarinya.. Apa-apa pun Walaupun berlainan lelaki tersebut tetap dicintainya. Lelaki tersebut hanya mengangap dirinya sahaja hebat tanpa mempedulikan kehadiran gadis tersebut di sisinya selama ini. Kerana terlalu bersakit hati. Maka baru gadis itu lalu baru meninggalkannya. Namun sebenarnya, gadis itu tidak memaksudkannya begitu. Hanya menguji.
Bila gadis itu menyatakan keputusan untuk berpisah. Lelaki tersebut mengangap semuanya itu benar. Lalu menerima sahaja, tanpa memujuk gadis menerimanya kembali. Bodoh betul lelaki itu. Semua perempuan pun akan meminta kata pisah bila marah, dan mahu kekasihnya memujuknya kembali setelah kemarahan reda. Perkara sekecil ini pun tidak mudah difahami. Tapi lain pula yang terjadi, setelah beberapa bulan baru sedar gadis tersebut sudah tersilap cakap. Gadis tidak dapat hidup tanpa lelaki itu kerana lelaki itu cinta pertamanya. Tapi mereka masih ego dengan cara masing-masing. Gadis itu telah berusaha juga namun kerasnya hati lelaki itu. Lelaki itu begitu mudah menerima keputusan tersebut, maka kenapa gadis itu tidak perlu menerima keputusan lelaki itu dengan senang hati. Lalu dia membuat penghidupan baru, kawan adalah segalanya pada gadis. Agak melupakan diri kerana terlalu kecewa. Setiap hari pun terlalu melukakan kerana perlu bertabah. Hanya untuk menunjukkan diri bahawa dia mampu melakukan apa pun tanpa lelaki itu.
Kini, beberapa tahun telah berlalu, gadis itu amat bertabah. Lelaki itu hanya dilihatnya dari jauh. Masih menyokongnya dalam diam. Masih mendoakan lelaki itu berjaya sentiasa kerana selama ini gadis ini yang selalu menyokongnya apa jua. Mungkin lelaki itu tidak perlu sokongannya lagi kerana sudah agak lama gadis meninggalkannya. Mungkin sudah berdikari. Mungkin sudah ada orang lain yang akan menyokongnya. Mungkin sudah membenci gadis.
Dulu, sebelum perkara ini belum lagi menjadi lama. Gadis harap mungkin ada peluang kedua. Semoga Tuhan sentiasa menyokongnya. Mengharap keajaiban datang. Harap ceritanya segera berubah. Jika bukan lelaki itu, berharap cepat-cepat melupakan. Sudah apa pun buat, masih tidak dapat melupakannya. Entah perlu berapa lama baru dapat melakukannya. Sangat perit dan luka. Tidak tahu mencari jalan lain. Baru tahu cintanya bukan mudah.
Kepada Tuhan, gadis bersyukur kerana menganugerahkan cinta kepadanya. Mengajar gadis semakin memahami apa itu cinta setelah merasainya walaupun agak terluka. Tetapi akhirnya gadis itu faham apa sebenarnya cinta. Bagi gadis itu, sudah cukuplah dia terluka. Mungkin perlu terus bertabah dan meneruskan cita-cita sehingga berjaya. Begitu banyak harapan padanya kenapa dia perlu berputus asa hanya kerana lelaki tersebut.
Kepada lelaki itu, gadis sentiasa mendoakannya berjaya. Dan sekiranya berjumpa lagi, semoga pada masa itu gadis semakin berani berhadapan dengannya. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana Tuhan sahaja yang tahu apa yang dialaminya. Lelaki itu pun takkan faham apa yang ditanggungnya. Semoga masa yang berjalan, akan memberi cerita baru kepada gadis itu dan berharap tiada lagi penyesalan dan sekiranya cerita ini boleh berubah, semoga diberikan masa dan peluang dan semoga pada masa itu masih tidak terlewat. Sambil menutup mata, gadis tersebut meniup lilin kek hari jadinya. Selamat Hari Jadi, Gadis! Semoga Berusaha…
